Pemerkasaan Operasi Kutipan Zakat Melalui Inovasi Pembayaran Zakat Secara Khultah, Pembayaran Zakat Menggunakan Barang Dagangan Dan Zakat Ke Atas Instrumen Kewangan Jangka Panjang Dan Sukukberasaskan Hutang
DOI: https://doi.org/10.33102/jmifr.v19i1.420
Zakat adalah satu instrumen yang sangat penting dalam pembangunan sosio ekonomi umat Islam, lantaran peranannya dalam pembangunan dan penjagaan kebajikan golongan yang kurang berkemampuan, dan pengagihan lebihan harta oleh golongan kaya. Zakat juga berfungsi sebagai pembersih hati dari sifat tamak, kedekut dan cintakan dunia secara berlebihan. Antara aspek penting zakat ialah soal kutipan yang mana Islam telah menggariskan golongan tertentu yang dikenakan zakat dan jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Aspek ini sangat penting diperkasakan kerana keperluan para asnaf yang semakin meningkat, kehidupan manusia yang semakin berkembang, perkembangan sistem ekonomi yang semakin kompleks menyebabkan metod dan jumlah kutipan zakat sedia ada sudah tidak lagi dapat menampung jumlah keperluan sedia ada, dan ianya memerlukan anjakan paradigm yang baru, baik dari segi cara pengiraan, jenis-jenis aset, cakupan jenis-jenis golongan pembayar dan sebagainya. Kajian adalah kajian perpustakaan sepenuhnya iaitu dengan menganalisis pendapat-pendapat para ulama silam dan ulama semasa, dan disesuaikan dengan maklumat perkembangan terkini berkaitan pembayaran zakat. Hasil kajian mendapati bahawa antara pendekatan dan kaedah yang boleh digunakan dalam meningkatkan hasil zakat antaranya ialah dengan menggunakan konsep pengiraan zakat secara khultah atau kolektif, pembayaran zakat menggunakan barang jualan sendiri, dan pembayaran zakat ke atas instrumen jangka panjang.