Episode 11

full
Published on:

19th Oct 2022

Konsep Rahmatan Lil Alamin dalam Hadith: Penerokaan Makna Serta Aplikasi di Malaysia

DOI: https://doi.org/10.33102/johs.v3i1%20(2).40

Dalam al-Quran, Allah menyifatkan Rasulullah sebagai rahmatan lil alamin (rahmat buat sekalian alam), satu istilah yang kemudiannya diperbahaskan dan dikembangkan menjadi salah satu konsep dalam hubungan kemanusiaan serta interaksi sosial. Pun begitu, konsep rahmatan lil alamin ini telah melalui pelbagai proses penafsiran dan perkembangan makna. Kepelbagaian fahaman dan penafsiran berhubung konsep rahmah ini terus menjadi perbahasan sehingga hari ini. Di Malaysia, kempen memperkenalkan Islam sebagai agama rahmah telah dimulakan. Konsep ini dijadikan sebagai asas dalam membangun teras serta mencorak polisi urustadbir yang berasaskan al-Quran.  Keadaan Malaysia yang unik sebagai sebuah negara berbilang bangsa adalah konteks yang menarik untuk dibincangkan. Kajian ini meneroka hadith-hadith yang mempunyai hubungan dengan konsep rahmatan lil alamin, mengamati pemahaman sarjana Muslim terhadapnya serta menilai pengamalan konsep ini di Malaysia. Melalui analisis tekstual yang dijalankan, kajian mendapati bahawa sifat belas-kasih dan ketegasan Rasulullah adalah elemen yang tidak boleh dipisahkan dalam memelihara dan memartabatkan Islam. Dua elemen tersebut adalah prinsip utama yang perlu diterapkan dalam pembangunan kerangka serta perlaksanaan konsep rahmatan lil alamin di Malaysia.


Show artwork for BIAR BUKU BICARA

About the Podcast

BIAR BUKU BICARA
USIM Journals are offering podcasting services for articles published in USIM journals. We will convert your article into 7-10 minute audiobook covering scientific research in a layman friendly language.

Let’s create a podcast for your research article and turn your findings into an engaging and accessible overview that’s perfect for sharing on websites and social media – extending the reach and visibility of your research.