Buku ini mengupas pandangan Islam terhadap seni taranum dari aspek hukum dan prinsip. Ia juga membincangkan perkembangan seni taranum dalam budaya masyarakat dari zaman Arab Jahiliyyah, Arab Muslim dan khususnya masyarakat nusantara.
Selain itu, buku ini mengetengahkan tujuh jenis maqamat dalam seni taranum al-Quran iaitu: Bayati, Soba, Nahawand, Rast, Sikah, Hijaz dan Jiharkah.